Dalam hantaran sebelum ini, saya telah menegaskan bahawa perkataan “jawapan” adalah lebih tepat mankala “jawaban” tidak boleh dianggap sebagai perkataan yang tepat dalam pembentukan dan kewujudannya dalam bahasa Melayu.
Tidak dapat dinafikan bahawa Kamus Dewan (KD) telah menjadikan “jawapan” sebagai variasi entri untuk “jawaban”. Hujah yang digunakan oleh para penyusun KD berdasarkan pada turunan morfologi perkataan tersebut. Di sinilah, saya berpendapat ahli bahasa yang menyatakan “jawaban” adalah betul agak terkhilaf bukan sahaja dari aspek pemahaman mereka dalam morfologi dan bahasa Melayu malahahan mereka juga telah melupakan satu lagi aspek asas lingusitik iaitu fonologi.
Untuk hantaran kali ini, saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dalam aspek morfologi. Hal tersebut akan disentuh dalam hantaran selepas ini.
Pada pengamatan saya, KD telah disusun dengan menjadikan teori Transformasi Generatif (TG) sebagai kerangka utamanya. Oleh kerana itulah, maka entri memperbesarkan sudah tiada lagi dalam KD Edisi Keempat. Yang ada ialah “memperbesar” (Saya hanya memberikan satu contoh entri sahaja). Saya melihat penghilangan entri “memperbesarkan” dalam KD pada kali ini adalah sebagai pematuhan morfologi yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan. Saya akan mengulas hal ini dalam hantaran saya yang berikutnya. Saya menyinggung hal ini sebagai antara hujah saya yang mengatakan KD beralaskan kepada TG.
Kerangka asas TG yang membezakannya dengan teori lingusitik yang lain seperti struktural, ialah, TG beranggapan bahawa bahasa terdiri daripada beberapa set rumus. Dengan kata lain, rumuslah yang telah membentuk sesuatu kata dan ayat dalam sesuatu bahasa bahasa. Hal ini berlaku kerana TG beranggapan bahawa proses penambahan, pengguguran dan penukaran merupakan antara proses semula jadi yang berlaku dalam sesuatu bahasa.
Oleh kerana itulah, apabila berhadapan dengan kekeliruan antara “jawapan” dengan “jawaban”, mengapakah kerangka asas pembentukan sesuatu perkataan tidak dilihat? Kerangka asas yang dimaksudkan itu ialah teori TG itu sendiri, dan juga fonologi (fonologi generatif sebagai salah satu unsur dalam TG).
Sebelum ini, telah ditegaskan bahawa TG berpegang kepada rumus. Dalam hal ini, konsep aturan / rantaian morfologi sesuatu perkataan akan menjadi tidak tepat apabila kita ingin menunjukkan berlakunya proses pembentukan sesuatu kata.
jawab + an --> jawaban tidak tepat penganalisannya kerana tidak mematuhi konsep asas TG. Analisis yang sebegini ialah analisis stuktural.
Sekiranya kita tetap mematuhi prinsip TG, maka analisisnya akan menjadi begini:
jawab + an --> jawaban
jawaban = berlakunya rumus penyahsuaraan [b] dalam jawaban --> [p] menjadi jawapan.
Penyahsuaraan [b] ini tetap didokong oleh prinsip pengguguran dan penggantian TG, iaitu apabila [b] digantikan dengan [p].
Lagipun orang-orang Melayu di Malaysia tidak pernah menyebut “jawaban” seperti orang Melayu(?) di Indonesia!
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment